Peacee Yo(!) ^_^v
Ok . Kali ni dalam entry ini , Tyrah nak menceritakan dekat korang sejakTyrah ada blog , apa terjadi dekat Tyrah . hehe . Nak tahu tak ? Kalau nak , duduk diam-diam depan PC @ Laptop korang jojolkan mata besar-besar fokus ! Tapi , jangan sampai meleleh pula air liur basi korang tu ye . Bagi yang tak nak tau , bye~bye~ Sila tekan pangkah laju-laju !
Ok . Tyrah nak sambungkan ayat di title entry ini ye . Sejak aku ada blog , aku .... ehem . Aku ? Tak nak lah . Rasa kasar pula bila bahasakan diri 'aku' . Nak bahasakan nama je lah . Okey . "Tyrah" . Sejak Tyrah ada blog , apa yang berlaku dan terjadi ke atas diri Tyrah ni ye . hmm . Banyak juga perkara baru dan pengalaman baru bila Tyrah terjebak dalam dunia blogging ni .
Salah satunya .. Tyrah dapat tambahkan pengetahuan Tyrah di samping dapat mengetahui isu-isu semasa yang terjadi di dunia ini . Kenapa Tyrah cakap macam tu ye ? Ye lah . Before Tyrah ada blog , Tyrah ni dah macam katak di bawah tempurung jugak lah . Selalu dapat informasi lambat , kadang tu terpinga-pinga apa yang kawan-kawan dok ceritakan . Rasa malu pun ada masa dulu-dulu tu . Tapi sekarang bila dah terjebak masuk dalam dunia blogging , info terkini dan terbaru cepat je sampai ke telinga dan mata Tyrah sendiri .
Kalau korang nak tahu , dulu Tyrah ni seorang yang "PEMALAS" ! Pemalas macam mana ? Yup ! Seorang pemalas untuk membaca sesuatu artikel atau teks-2 . Tapi sejak ada blog , mata kemain ketagih lagi nak baca itu ini . Tak kira lah panjang atau pendek . Asal menarik , Tyrah akan tatap laptop untuk membacanya dan menambahkan ilmu pengetahuan Tyrah . Ye lah . Usia pun sudah meningkat . Kena lah tambahkan ilmu kan ? hehewww . Konon nak jadi lebih matured lah konon . Tapi , hakikatnya ? Still berperangai seperti budakss-budaksss ! HAHA .
Sejak ada blog , otak Tyrah kemain kencang dia berputar,bergerak,berpusing, ber segala ber lah kan . Betul weh ! Kenapa ? Sebab bila dah ada blog .. Aktif pulak tu .. Mulalah 360 jam asyik nak fikir je benda apa yang aku nk update harini eh . Otak sentiasa berjalan memikirkan apa yang perlu diupdate hari ini . Dan semakin banyak kita berfikir , semakan cergas lah otak kita . Tak da lah lembab macam siput baaaa je . Keje makan , tidur , makan , tidur . Bila masanye nak cergas otak tu kan ? hihi . Ini juga dinamakan 'senaman otak' ! (memandai je aku bagi tajuk senaman otak ! haha )
Lagi .. Lagi .. Apa ? Yer . Dan yang penting sekali . Sejak Tyrah ada blog , Tyrah dapat tambahkan kawan Tyrah di alam maya ni . Walaupun tak pernah jumpa , Tyrah dah anggap semua followers Lyssa seperti sahabat yang selalu menyokong dan support Tyrah dalam apa jua keadaan . Thanks sangat tau korang . Terhaaaru sangat ! (sambil lap-lap air mata yang tengah mengalir ni ) . Tyrah juga dapat mengenali bermacam-macam ragam manusia tak kira dari segi positif ataupun negatif . Bagi yang selalu singgah blog Tyrah , teruskan . Bagi ada yang membenci Tyrah , Tyrah minta maaf awal-2 lah ye bagi yang terasa atau apa-apa je lah . Maafkan saya ~
Eh..Eh.. Tetiba nak tacing tak tentu pasal pulak . Dah ! Dah ! Nak teruskan lagi ke tak nak ek . Panjang dah Tyrah rasa Tyrah taip entry kali ini . Kang ada pulak yang tersengguk mengantuk baca entry merapu Tyrah ni haa . heheeww . Tak ngantuk lagi kan ? Ok . Tyrah sambung ye ! Rasanya , ini perkara yang terakhit kot . Dan sejak Tyrah ada blog Tyrah dapat menjana pendapatan sendiri . yey . Tak perlu nak susahkan mama and papa Tyrah dah beli macam-macam kan ? Dah ada duit sendiri .. Nak beli apa pun tak de batas . Bebas membuat pilihan ! haha . Macam tu pulak . Ye lah . Mana tak nya , kalau dulu sikit-sikit .. Mama , nak duit .. Nak beli inilah .. Nak beli itulah . Now , dah ada duit sendiri kuranglah minta duit dari parents . Mesti dorang macam , " Haaa .. Lega duit aku tak luak sejak anak perempuan aku sorang ni aktif berblog !"HAHA . Betul ke ? Ehemm . Baik ngaku , papa oit ! hehe .
Hehew . Amacam ? Tyrah rasa , hidup korang pun mesti akan berubah selepas korang ada blogkan ? Daripada keburukan menjadi kebaikan . Tak semua . Tapi , kebanyakan ! Apa yang penting , ketulusan dan keikhlasan korang menyampaikan sesuatu kepada para pembaca . Itu lebih bermakna daripada menulis blog dalam keadaan terpaksa ! :)
Chill beb . Kalau suka entry ni like dan komen . Terima Kasih semua ~